Nivo Slider by Way2Blogging

Oilyman FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQs)
(Ini adalah draf skrip sessi temubual di sebuah stesen radio tempatan)

Boleh cerita sikit tentang syarikat Oilyman Technology ni.
Oilyman Technology adalah sebuah syarikat bumiputera, berpusat di Shah Alam dan terlibat secara khusus dalam perniagaan produk penjagaan enjin kenderaan. Produk kami yang terhangat sekarang ni adalah aditif pembersih karbon, jenama PROFESSOR.


Kita akan membincangkan tentang PROFESSOR, pembersih karbon enjin. Sebelum pergi lebih jauh saya nak tanya, apa itu karbon dan apakah kaitannya dengan enjin kenderaan?
Karbon terhasil secara semulajadi akibat pembakaran campuran udara dan bahanapi. Paling mudah nak faham tentang karbon ni ialah lihat pada pelita minyak tanah. Perhatikan asap yang terhasil, itu lah karbon, tapi pada pelita kita panggil jelaga.

Kalau pada enjin, cuba lihat pada palam pencucuh. Macam itu lah rupa karbon. Pada palam pencucuh tu baru sedikit, banyak lagi yang melekat pada kepala piston, injap-injap dan ruang pembakaran yang kita tidak nampak. Kalau 5 tahun pakai kereta, 5 tahun lah karbon yang akan terkumpul.

Adakah karbon ni akan membawa masalah kepada enjin?
Memang. Apabila jumlah karbon semakin meningkat ia akan mengganggu kesempurnaan pembakaran enjin. Campuran udara dan bahanapi yang tidak sempurna akan mengakibatkan prestasi enjin semakin menurun, manakala penggunaan bahanapi pula semakin meningkat.

Kesan-kesan sampingan lain pula yang mungkin akan terasa ialah enjin susah hendak dihidupkan waktu pagi, kurang kuasa mendaki, kurang kuasa semasa memotong dan juga masalah kepada penalaan (tuning) enjin.

Kepada kenderaan yang menggunakan sistem suntikan bahanapi, masalah juga akan dihadapi oleh ‘throttle body’ kenderaan terbabit, yang boleh menyebabkan kelajuan enjin menjadi tidak stabil, atau enjin kenderaan mati secara tiba-tiba.

Bagaimana pula karbon tu boleh mengganggu ‘throttle body’?
Dalam sistem enjin, terdapat istilah yang kita panggil ‘back-pressure’ dimana asap pembakaran akan tertolak ke arah ‘intake manifold’ bukan 100% keluar melalui ‘exhaust manifold’. Asap ini adalah karbon yang akan mengotorkan sistem pernafasan ‘throttle body’ terutama semasa enjin ‘idling’.

Macam mana nak buang karbon ni?
Kalau ‘throttle body’ biasanya pusat servis akan membuka dan servis untuk membersihkannya semula. Manakala karbon dalam ruang pembakaran boleh dibuang dengan cara membuat ‘top overhaul’. 
Tetapi sekarang ada cara yang lebih mudah, lebih murah dan lebih cepat. Kita gunakan produk PROFESSOR Xpess Decarbonizer, aditif pembersih karbon.

Apa kelebihan menggunakan PROFESSOR ni berbanding cara lain?
Servis ‘throttle body’ mengambil masa beberapa jam. Jika ‘top overhaul’ pula mengambil masa beberapa hari dengan belanja ratusan ringgit.
Menggunakan PROFESSOR hanya memerlukan masa sekitar 15 minit sahaja. Ia boleh dibuat bila-bila masa dan di mana sahaja. Harga PROFESSOR pula tidak mahal, hanya RM78.00 sahaja.

Bagaimanakah cara menggunakan PROFESSOR ni?
Mula-mula kita hidupkan enjin dan biarkan dalam keadaan ‘idling’.Kita masukkan cecair aditif PROFESSOR ini melalui lubang vakum yang terdapat pada ‘intake manifold’ enjin. Ia akan membersihkan ruang dalam ‘intake manifold’ termasuk juga ruang pada ‘plenum chamber’ dan seterusnya masuk ke dalam ruang pembakaran. Di sini terdapat kepala piston, palam pencucuh dan juga injap-injap.Mendapan karbon yang telah dibasahi oleh aditif PROFESSOR ini akan ditanggalkan dengan bantuan api palam pencucuh.

Karbon yang pada asalnya keras dan berkerak akan menjadi molekul-molekul halus dan akan keluar melalui paip ekzoz. Semua proses ini berlaku dalam masa sekitar 15 minit sahaja. Selepas itu anda akan rasa prestasi enjin akan menjadi lebih ‘responsive’ dan bertenaga.

Apakah jenis enjin atau kenderaan yang patut menggunakan PROFESSOR ni?
Semua jenis enjin petrol, disel atau NGV boleh menggunakan PROFESSOR. Enjin biasa, enjin turbo, enjin supercharger semua boleh guna. Kereta, van, bas, lori, bot, motosikal semua boleh.

Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan PROFESSOR ni?
Kita cadangkan supaya PROFESSOR ini digunakan setiap 20,000km atau setahun sekali. Jika ‘mileage’ kenderaan anda masih belum mencecah 20,000km maka tunggulah sehingga jarak ‘milege’ tersebut sampai. Jikalau ‘mileage’ kenderaan anda telah melebihi 20,000km masa untuk menggunakan PROFESSOR ini telah tiba. 

Sebagai contoh, anda telah menggunakan kenderaan selama 2 tahun dan ‘mileage’ nya sekarang ialah 50,000km maka amatlah sesuai untuk anda membersihkan karbon enjin tersebut.

Apakah kebaikan membersihkan karbon ini?
Banyak kebaikannya. Yang paling mudah anda akan rasa ialah ‘pick-up’. Enjin akan menjadi lebih senyap dan stabil. Daya mendaki kuat. Kuasa memotong yang sempurna. Yang paling penting, apabila enjin anda bertenaga anda akan dapati penggunaan bahanapi lebih menjimatkan.

Jika anda biarkan enjin tersebut tanpa membersihkan karbonnya, prestasi enjin akan semakin menurun. Apabila kuasa kurang, anda akan menekan pedal minyak lebih. Ini akan menyebabkan kenderaan anda kuat makan minyak.

Berapa peratuskah penjimatan minyak yang kita boleh dapat?
Mengikut pengujian berkomputer yang kita jalankan, secara purata penjimatan penggunaan minyak adalah sekitar 20%.
Peratusan ini dipengaruhi oleh usia enjin dan jumlah karbon yang terdapat dalam enjin terbabit. Sebagai contoh, jika enjin anda telah berusia 10 tahun, jarak ‘mileage’ anda 200,000km maka kadar penjimatan anda adalah lebih tinggi berbanding enjin berusia 2 tahun dengan mileage 50,000km.

Ada tak kesan-kesan sampingan negatif selepas menggunakan PROFESSOR ini?
PROFESSOR hanya menanggalkan karbon, tidak menghakis bahan-bahan seperti logam besi atau aluminium. Tiada masalah menggunakan PROFESSOR.

Macam mana nak dapatkan produk PROFESSOR ni.
Pelanggan boleh menghubungi saya melalui email profoilyman@gmail.com. Anda juga boleh lawati laman web kami http://profoilyman.blogspot.com pada bila-bila masa.

Apakah pesanan En.Azmi sebelum kita akhiri perbincangan ini?
Kepada pemilik kenderaan, saya amat syorkan anda menggunakan PROFESSOR ni. Bersihkan karbon enjin anda supaya anda dapat merasai semula keseronokan memandu dan yang paling penting enjin yang bagus dan lancar akan membantu menjimatkan penggunaan bahanapi. Dengan harga cuma RM78.00 saya rasa lebih ramai pengguna mampu untuk membersihkan karbon enjin kenderaan mereka.

Kami telah menjalinkan usahasama dengan Speedworks, Puspakom dan juga Sirim bagi menguji keberkesanan produk PROFESSOR ini. Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk maklumat berkomputer, bukan teori atau cakap kosong tanpa fakta.


PROFESSOR adalah keluaran 100% bumiputera, sokonglah barangan buatan Malaysia.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar produk kami sila hubungi saya di talian email profoilyman@gmail.com atau lawati http://profoilyman.blogspot.com

Yang terakhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami. Dengan ilmu yang sedikit ini saya akan cuba berkongsi dengan seramai mungkin. InsyaAllah, jika ada umur yang panjang kita akan berjumpa lagi.


Terima kasih
Mr. ProfOilyman
Email :  profoilyman@gmail.com
Blog : http://profoilyman.blogspot.com

No comments:

Post a Comment